RUHI TALAQQI 2025

Mengikuti jejak ajaran Baginda Rasulullah SAW pada para sahabatnya,

 

 

  mengambil kira kerancuan fikiran kini yang menganggap menuntut ilmu secara berhadapan sebagai sampingan,  

 

 

RUHI membawakan pertemuan kerohanian melalui program

 RUHI TALAQQI!

 

 

 

RUHI TALAQQI menggabungkan majlis ilmu (Raudhatul Ilmi) secara atas talian dan bersemuka. 

 

 

 

Tidak mahu meletakkan angan-angan yang terlalu panjang, kami menyasarkan program bimbingan 

selama 1 tahun.

 

 

 

MEMPERSEMBAHKAN

 

APA FOKUS RUHI TALAQQI?

 

APA KATA MEREKA?

Ada persoalan? Lihat FAQ di bawah ini ya 😁
 

FAQ Ruhi Talaqqi:

1. Apakah maksud RUHI TALAQQI?

RUHI: Ruh ku, Kerohanian ku, Jiwa Raga ku.

TALAQQI: Bertemu, berhadapan

RUHI TALAQQI: merupakan doa dan harapan agar melalui pertemuan kerohanian di Raudhatul Ilmi yang ikhlas Lillahi Ta'ala, kerohanian ahlinya dapat bertemu berhadapan dengan kerohanian Baginda SAW yang menjadi pintu dan syarat utama bertemu Allah SWT.

 

2. Apakah maksud Raudhatul Ilmi?

Raudhatul ilmi beerti taman syurga ilmu. Setiap pertemuan dan majlis RUHI TALAQQI dikenali sebagai Raudhatul Ilmi

 

3. Berapa kali pengajian online akan dijalankan dalam seminggu?

1x seminggu.

 

4. Bilakah waktu pengajian?

  • Pengajian Atas Talian (Online Zoom): Isnin - 9.15mlm hingga 10.30mlm
  • Pengajian Bersemuka: Ahad 9.00 pg - 4 ptg (tentative jadual akan dikeluarkan pada Januari 2025)

 

5. Adakah kitab yang akan digunakan sewaktu pengajian berbentuk elektronik atau kitab fizikal? Di manakah pembelian kitab fizikal boleh dilakukan?

Para peserta akan dibekalkan sekurang-kurangnya dengan kitab elektronik yang akan diberi secara percuma untuk digunakan sepanjang pengajian.

Jika menggunakan kitab fizikal, kitab boleh dibeli di RUHI store (jika RUHI mencadangkan terbitan tertentu) atau boleh dibeli di mana-mana platform sekiranya tiada terbitan tertentu dicadangkan.

 

6. Jika tidak dapat hadir pada pengajian bersemuka, adakah pilihan dibuka untuk menyertai secara online?

Jika tidak dapat hadir, para peserta boleh mengikuti pengajian melalui live streaming Youtube (1 hala tanpa Q&A).

 

7. Apakah kitab yang digunakan untuk pengajian mingguan?

Buat masa ini, pengajian online mingguan adalah pengajian Kitab Asy-Syifa dan digilirkan dengan Tafsir Jalalain.

 

8. Adakah pengajian Sirah, Tafsir Jalalain dan Kitab Syamail, adab penuntut ilmu akan disambung? Apakah bentuk pengajian?

Ya. Pengajian akan disambung dan jadual akan dikeluarkan pada Januari 2025 Bi'iznillah.

 

9. Adakah peserta RUHI yang telah mendaftar ke pengajian mingguan Kitab As-Syifa perlu mendaftar ke RUHI Talaqqi juga?

•⁠  ⁠Jika anda berminat untuk mengikuti pengajian talaqqi secara bersemuka (4-6x sepanjang tahun) dan pengajian2 lain yang ditawarkan dari semasa ke semasa, anda perlu mendaftar ke RUHI Talaqqi.

•⁠  ⁠Jika anda hanya mahu mengikuti pengajian mingguan as-Syifa secara online, pendaftaran ke RUHI Talaqqi tidak diperlukan.

 

10. Berapakah yuran yang akan dikenakan?

  • Yuran bulanan untuk menyertai program RUHI Talaqqi sepanjang tahun adalah RM100/sebulan selama 12 bulan.
  • Yuran bulanan perlu dijelaskan sebelum 7 hb bulan tersebut.

Yuran adalah tidak dikembalikan kecuali dengan sebab yang munasabah dan tertakluk kepada budi bicara pihak RUHI TRAINING & PUBLICATIONS.

×
logo

Sophia Binti Mohd Ramli successfully purchase "RUHI TALAQQI 2025" 2 months ago